pinky

Tuesday 25 October 2011

SELAMAT HARI LAHIR AYAHDAKU..

SELAMAT HARI LAHIR AYAHDAKU

 cUcU-cUcU yG lEbIH eXCitEd


 CiNtA dUNiA akHiRaTKu

“Nape panggil ‘engoh’bukan ke ayah sendiri?....
soklan yg xpernah terungkai jawapannye..
xkisah la,yg penting ‘ENGOH’ tu panggilan ayahdaku yg t’cinta….
Terima kasih Allah kerna anugerahkan aku seorang ayah yang xtertanding kesabarannya.
Alhamdulillah,segala puji hanya bagiMu yg mengurniakan seorang hamba semulia ‘ENGOH’…
19.10.2011,,Selamat Hari Lahir Engoh….bermakna sudah genap umurmu 72 tahun..
Sungguh besar ertinye 72 tahun itu...sepanjang umur itulah kau telah curahkan baktimu kepada isteri,anak-anak serta masyarakat amnya.
72 tahun itulah kau harungi pelbagai pahit getir sebagai hamba Allah yg sangat sabar,
72 tahun itulah kau memikul bebanan yg belum tentu semua orang mampu untuk memikulnya.
Besar sungguh jasa mu Engoh..
Melihat wajahmu adalah syurga bagi ku..
setiap ungkapan kata-katamu adalah azimat bagi ku dlm menempuh liku-liku hidup ni..
Namun,di mata mu tersembunyi sejuta kepahitan yang kau harungi dengan penuh kesabaran,
juga seribu ujian yg kau terima dengan penuh redho..
Ya Allah,sungguh mulia insan ini.
Terima kasih engoh,kau besarkan aku dengan penuh kasih sayang,
kau didik aku dengan penuh b’hemah, 
KAULAH AYAH YANG TERBAIK.
Ya Allah,aku sujud merayu padaMu, dekatkanlah ayahku dengan syurgaMu,
Kau jauhkanlah dirinya dari api nerakaMu kerna insan ini terlalu mulia,
Ya Allah..
Insan ini sentiasa redho menerima segala ujianMu,
sentiasa pasrah menghadapi dugaan yg terlalu berat,
Tabahkan hatinya Ya Allah,
sesungguhnya disebalik segala ujian dan dugaan itu tersembunyi hikmah yg hanya Engkau yg mengetahuinya.amin…
SELAMAT HARI LAHIR ENGOH


No comments: