pinky

Wednesday 30 November 2011

pRoSes kEjAdiAn MaNuSIa...

Subhanallah...
Indahnya asal kejadian kami ini Ya Allah
Bisa meruntun kesayuan dan keinsafan terhadapMu
Sesungguhnya Engkau Maha Besar,sebaik-baik Pencipta

Tuesday 29 November 2011

baGaN lALanG nOv 2011....

Kadang2 g b'cuti dgn member opis best gak
blh m'eratkan silaturrahim,mcm adik beradik lak rase
yg penting kump ktorg memang spoting abis
hehehehehe
baru2 ni ktorg b'cuti kt bagan lalang,,,seronok sgt..huhu
b'cuti meraikan persaraan cc faridah....sambil2 tu tenang2kn fikiran
(fikiran yg b'serabut,ari2 mengadap fail)
kupas kentang pn smpai 3 orang...hehehe
(ape yg penting..kerjasama..)
cenderahati dr kami utk cc faridah
memori indah utk dikenang....
santai.....huhu
depan homestay yg kmi sewa...seronok kt sni
(yg pnting kite dh anak kt situ...nmpak x??hehehe)
keluarga kami...besar kn...
semoga ukhwah yg dibina ini b'kekalan..
bersama yang dirai..cc faridah
salam persaraan..ukhwah tidak t'putus hanya di sini
insyaallah
aktivit petang...b'santai di pantai..huhu

pinjam anak kak lia sat na..hehe
ni pling best...sempat lg nk b'bulan madu...huhuhu
nk balik dh...pertemuan ini tidak b'akhir di sini..insyaallah
lepas ni tmpat lain pulak..hehehe
insyaallah...

Tuesday 15 November 2011

MoNoLOg kEiNSaFan....

Pernahkah kita merasakan hati kita begitu kosong dan hampa, semangat terasa pudar dan hambar serta tiada lagi kekuatan jiwa. Disaat ini hari-hari yang ditempuhi terasa hambar dan kita seolah-olahnya terasing dalam dunia kita sendiri.

Kita cuba mencari dimana silapnya. Adakah kerana dosa-dosa masa lalu atau kerana jiwa kita terlalai dari mengingati Allah SWT. Kitapun bertaubat dan memanjangkan munajat kita namun jiwa tetap terasa kosong "seolah-olah doa dan munajat kita tidak sampai kelangit". Kita cuba mengalirkan air mata keinsafan tetapi hati kita rasanya terlalu keras untuk itu; seolah-olahnya air mata kita telah kering untuk itu. Keyakinan terhadap apa yang Allah janjikan tidak lagi menguasai hati dan fikiran kita.

Kita cuba pula membuka lembaran-lembaran al Quran... mencari ayat-ayat yang pernah menyentuh hati kita dan kitapun cuba menghayatinya agar hati kita kembali lembut dan lunak tetapi itupun gagal.

Kini kita tidak tahu lagi apa yang sebenarnya kita sedang cari dari kehidupan yang seketika ini, kita mula kehilangan fokus dalam kerja-kerja kita dan ibadah kita mula kehilangan ruh. Segalanya terlalu kabur. Kehidupan kita disaat ini seolah-olahnya suatu fasa yang kita lalui secara terpaksa. Masa-masa yang ditempuhi terasa begitu perlahan bahkan kadang-kadang terasa seakan-akan jarum jam berhenti berputar beberapa kali.

Inilah yang saya rasakan saat ini. Kehidupan yang hambar dan kosong setelah melalui saat hidup yang bertenaga dan bersemangat.

Adakah ini adalah salah satu fasa kehidupan yang akan ditempuhi oleh sesiapa sahaja yang ingin mendekatkan dirinya pada Rabbnya atau hanya saya saja yang menempuhinya.

Disaat-saat begini saya mula menggunakan segala potensi dan kekuatan yang saya ada. Beberapa persoalan cuba saya timbulkan di dalam benak fikiran saya.

Adakah sudah lagi tiada keredhaan Allah; Apa untungnya saya menimbulkan persoalan ini. Bukankah memikirkan begini semamangnya tela menjauhkan kita dari rahmatnya dan mengundang kemurkaanNya. Bukankah Allah mencela mereka yang berputus asa dengan rahmatnya. Bukankah memikirnya adalah suatu kemungkaran yang akan mencemarkan aqidah. Bukankah dulu , pernah seorang pemuda yang menangis di depan pintu rumah Rasulullah SAW dan tangisannya begitu dahsyat hinggakan Saidina Umar RA yang melihat keadaannya turut menangis tanpa sempat bertanya kenapa. Apabila Rasulullah datang dan bertanya lalu pemuda itu menceritakan dosanya yang bukan kepalang dan dia takut Allah tidak mengampunkan dosanya. Kitpun mungkin akan fikirkan begitu; seorang pemuda yang kerjanya mencuri kain kapan disetiap malam apabila siangnya ada mayat yang dikebumikan sehinggakan akhirnya suatu malam dia terpegun dengan kecantikan mayat seorang gadis yang telah dilondehkan kain kapannya. lalu pemuda tersebut menyetubuhi mayat gadis tersebut yang telah dimandikan dan dikapan sempurna. Doasa yang terlalu besar untuk diampunkan. namun kerana keikhlasan dan keinsafannya Allah SWT tetap mengampunkan dosanya dan dan mati dalam keadaan terampun dosanya apabila dia sendiri terkejut kerana Allah masih mengampunkan dosanya. Dan kerana kejutan itu dia lalu rebah dan terus meninggal dunia. Jadi persoalan ini perlu cepat-cepat saya padamkan dan nyahkan dari kotak fikiran saya. Tentunya persoalan ini bukan penyelesai masalah bahkan menimbulkan masalah yang lebih besar. Tentunya ini adalah bisikan syaitan yang sememangnya sudah lama menanti peluang untuk menyuntik jarum keraguan dan telah terlalui ramai yang mati jiwanya kerana suntikan jarum keraguan ini. Saya ingin terus hidup dengan keimanan, saya tidak akan biarkan keraguan ini menguasai dan menyeretku kelembah kehinaan dan kenistaan. Kelembah kekufuran yang gelap dan penuh keraguan yang pernah saya tinggalkan dulu. Telah banyak air mata yang telah saya alirkan untuk menangisi fasa yang telah berjaya saya tinggalkan itu. Jadi itu bukan penyelesaiannya untuk mengisi segala kekosongan yang sedang saya rasai ini.

Mungkin ini sememangnya ujian dari Allah SWT untuk menguji benar atau tidaknya keyakinan kita padaNya dan pada hari pertemuan dengannya. Kalau ini benar-benar ujian dari Allah, yang perlu saya lakukan sekarang ini ialah terus bermunajat dan memohon kekuatanNya. Ya......semua orang akan diuji. Cuma mungkin ujian ini agak ganjil, namun ianya tetap ujian dan sekiranya saya berjaya maka saya tentunya akan lebih hampir kepadaNya. Rasulullah SAW pernah mengatakan bahawa orang yang paling dahsyat yang menerima ujian adalah para nabi, kemudian orang yang mengikuti mereka, kemudian orang yang mengikuti mereka, kemudian orang ytang mengikuti mereka. Jadi kalau saya ingin tetap berada di atas jalan kebenaran dan mengikut jalan pengikut para nabi maka ujian ini adalah satu kemestian. Mungkin ini yang perlu saya fikirkan. Kalau saya salah saya tidak akan rugi apa-apa tetapi jika betul sudah tentu fasa ini akan membuka jalan untuk saya lebih hampir kepada Allah. Dan sebaik saja yang fikirkan perkara ini saya mula merasakan sedikit kekuatn menyerap masuk ke dalam jiwa saya. sekurangnya saya tidak lagi meragui sifat kasih sayang Allah dan pengampunannya yang menjadi syarat penyempurnaan Iman.

Friday 11 November 2011

KoNGsI bErSaMa.....

Setiap hari aku memerhatikan ayat-ayat itu…ayat-ayat memberiku semangat…Biarpun beratus-ratus buku motivasi ku baca, namun ayat-ayat itu lebih bersemangat dan mengajarku seribu erti…aku bukanlah seorang hafiz, hanya sebagai pemerhati semata…Pun begitu, inginku sampaikan dan berkongsi bersama kalian sebagai ingatan kita bersama…
Sahabatku,
Dalam kita melangkah pergi, terkadang kita diuji dengan seribu keperitan, terasa berat oleh kita untuk melangkah apatah lagi untuk berlari…namun itu semua hanyalah sementara, kerana selepas malam akan bergantinya siang yang indah…biarpun pelangi tidak akan selama-lamanya muncul tak kala malam menjelma, namun tak kala mentari terbit kemungkinan di situ akan muncul pelangi indah biarpun pelangi itu bukanlah suatu yang mudah untuk kelihatan hanya tak kala bumi ditimpa hujan…
Sahabatku yang ku kenali,
Ayat-ayat ini ku tuliskan untukmu sebagai ingatan kita bersama…
Ayat-ayat yang penuh dengan peringatan dan hikmah…
Ayat-ayat yang diturunan olehNya kepada junjungan besar untuk disampaikan…
“Demikianlah Kami bacakan kepadamu (Muhammad) sebagai ayat-ayat dan peringatan yang penuh hikmah” – Ali Imran : 58.

Sahabatku yang ku kasihi,
Tiada motivasi yang sesungguhnya ku temui melainkan kekuatan dari ayat-ayat ini…
Ayat-ayat yang inginku kongsikan bersamamu agar dikau menjadi seorang yang tabah…
“Tidak ada sesuatu musibah yang menimpa (seseorang), kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”. – at-Tagabun : 11

“(Yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata “Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami akan kembali”” – Innalillahi Wa inna Ilaihi Rajiun. –al-Baqarah : 156.

Sahabatku yang ku rindui,
Ketahuilah hakikat bahawa segalanya itu adalah ujian bagimu untuk menguji keimananmu…
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?” – al-Ankabut :1


Sahabatku,
Sesungguhnya ujian itu sebenarnya dan selayaknya buatmu, hanya dikau yang mampu untuk menempuhinya, walaupun terasa berat olehmu…
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” – al-Baqarah : 286.
“Allah tidak membebani seseorang melainkan (sesuai) dengan apa yang diberikan Allah kepadanya”- at-Talak : 7 



Sahabatku yang ku kasihi,
Apalah ertinya jikalau kau sentiasa bersedih dengan apa yang berlaku terhadapmu…
Bangunlah dikau dan terus berlari dan jangan biarkan dirimu terus lumpuh tak berdaya…
Kau adalah orang yang terkuat dan gagah yang ku temui di dalam pengembaraan ini…

“Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman” – ali Imran : 139.

Sahabatku,
Jikalau kau berasa kau bersendirian, ketahuilah bahawa kau tidak bersendirian…
Masih ada yang sentiasa mendengar keluh kesahmu…
Janganlah dikau takut dan bersedih hati, kerana DIA sentiasa bersamamu…
“Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang yang khusuk” – al-Baqarah : 45

Ayat-ayat ini yang selama ini menjadikan ku seorang yang kuat dalam melangkah, biarpun seringkali jua aku tersunggur…ingin ku sampaikan untuk dirimu agar mampu bersama-sama untuk melangkah pergi…terlalu banyak ayat-ayat yang memberi semangat, namun hanya sekadar ini sahaja yang mampu ku sampaikan sebagai tanda ingatanku untukmu…

dUhai haTi....tabahlah menerima dugaan Allah...


Hati wanita mane yg xterusik tika melihat kesucian wajah seorang bayi
hati wanita mane yg xtersentuh tika t'dengar tangisannye
sebagai wanita, aku juga punyai naluri yg sama
inginkan anak soleh dan solehah
pengikat kasih sayang,penghibur kala kesunyian,
jua penyeri dalam kehidupan...
malam td aku begitu t'sentuh bila menonton Semanis Kurma
melihat klip kekuasaan Allah dlm proses pnciptaan janin di dlm rahim ibu
trasa begitu sayu...menitis air jernih di pipi ku
Ya Tuhan
tabahkan hatiku menerima dugaan ini
terima kasih buat suamiku yg mengerti bisikan hati di kala itu
lantas jari-jarinye menyapu lembut titisan2 jernih itu
"Terima kasih abang,abang t'lalu istimewa dlm hidup sayang,
abang kekuatan d semangat bg sayang"
Mungkin belum rezeki kite, mungkin juga Allah ingin menduga
Dan DIA tahu segalanya. Apa sahaja rasa yang terlahir hadir dengan izinNya, 
dan DIA jadikan itu untuk menguji sejauh mana sayangnya kita kepadaNya.
Sayangnya hamba, dia akan memberi segala-galanya kepada insan yang disayang. 
Namun, sayangnya DIA berlainan.
DIA akan memberi dalam bentuk yang cukup indah, 
jika aqal dapat menilai dengan iman.
Kesabaran itu kadang kala begitu sukar utk ditanggung
namun ia begitu indah untuk dinilai
Ketahuilah bahawa kemenangan itu selalu mengiringi kesabaran, 
jalan keluar selalu mengiringi ujian dan kemudahan itu selalu mengiringi kesusahan.” 
(HR At-Tirmidzi)
Pagi ni terbaca 1 petikan yg serba sedikit memberi kekuatan

LA TAHZAN, cahaya mata anda ada, DIA tahu bila masa yang paling sesuai untuk anda menerimanya. DIA tahu keupayaan anda pada waktu yang sesuai tersebut. DIA tahu sebanyak mana keinginan anda untuk menerima cahaya mata melebihi anda sendiri. DIA sudah tentukan yang terbaik untuk anda untuk mendapat kegembiraan itu. DIA tahu segala-galanya tentang apa yang anda bisikkan dalam doa anda melebihi anda mengetahui. Sama ada doa diucap atau tidak, DIA sudah tahu apa yang berlagu dalam hati anda.

Apa yang anda patut buat sekarang?
1. Istiqamah dengan apa yang anda usahakan
2. Yakin dengan sepenuh hati dengan pertolonganNya
3. Ikhlaskan hati dalam meminta
4. Menerima dengan hati yang betul-betul syukur atas segala keadaan yang mendatang
5. Kuatkan semangat dengan Quran dan sunnah


Sa'ad bin Abi Waqqash berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah Saw, 
"Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling berat ujian dan dugaannya?" 
Nabi Saw menjawab, 
"Para nabi kemudian yang meniru (menyerupai) mereka dan yang meniru (menyerupai) mereka. 
Seseorang diuji menurut kadar agamanya. Andai agamanya tipis (lemah) dia diuji sesuai dengan itu (ringan) dan bila imannya kukuh dia diuji sesuai dengan itu (keras). 
Seseorang diuji terus-menerus sehingga dia berjalan di muka bumi bersih dari dosa-dosa.  
(HR. Bukhari)
 

Wednesday 9 November 2011

# jAmUAn pErTAma #

Ari ni tetibe je t'igt jamuan p'tama kt umah aku....huhu
Alkisah...slps cuti raye puase ari tu
ank murid suami aku bgtau nk dtg raye kt umah
kelam kabut aku...last2 minit bgtau tu...
dh la aku ni lemah ckit klu nk masak byk2 ni
pulak tu umah aku xde kuali n periuk beso2..huhu
yela,biasenye masak utk aku b'2 je..(fhm2 jela)
aku x bajet la bebudak ni nk dtg umah
klu x awal2 aku tmpah kt org je buat pape
dhla kuih raye sebijik pn xde..hehehehe
So,aku masakla yg pling simple
MEE GORENG.hahahaha
lawak pulak rase..ntahla sedap ke x
tp aku tgk diorg bedal je..huhu

mcmmane la suami aku melayan bebudak ni
pening aku....hehehe
(biase la perangai budak2)
ramai gak tau! dkt 20 org
penuh umah aku..huhu
ni bru sebahagian yg dtg,,blum semua lg
nsib baik ckup mee aku buat
seronok gak aku tgk gelagat bebudak ni
kamcing giler dgn suami aku.hehehe
Duit raye...hehehe
xbyk pn..yg pnting wajib bagi.
First time suami aku bg duit raye,
die pn mcm kaku je..hehehe
ni la gelagatnye...tau x nape ni
bebudak ni xnk blik,puas suami aku tggu kt pintu
Last2.......
"Sape yg xblik ustaz xbg duit raye"
bingkas sume bangun...hahahaha
tengokla....mcm2 akal diorg ni..
Pengalaman p'tama jamuan sendiri
nmpaknye permulaan yg baik ni
lepas ni blh la buat lg
seronok dgn bebudak ni.hehehe

Friday 4 November 2011

SeBEluM bAliK cUTi rAyE aJi..AdUh pOneNg dEn****



bekejo aku buat fail ari ni...
mentang2 la nk cuti raye, b'tambun fail nk kne siap
dr pg aku mengadap skrin kmputer ni
dh naik pino dh mate ni ha
tengkuk pn lengoh tahap gaban dh
hahahaha..sabo..sabo....
tgn xberenti menaip lg ni
bahu pn duk rase mcm nk krem dh..
jgn mlm kang mengigau duk menaip sudahla
dlm duk kalut pn sempat lg b'blog ni..
siap tgkap gmbo fail lg tu
hehehehehehe
bkn ape,aku nk hilangkn pening dr tadi duk tgk nmbor je
adui...tgk nmbor pn dh mcm t'balik je ni.huhuhu
Ni la keje aku ari2 b'main dgn nmbor
no akaun bank la,no ic la
yg pling best no RM...... la
hahahahaha
fail tu tgk je buruk mcm tu,nilainya ratusan ribu tu
alangkah bestnye klu blh wat msuk akaun aku je.hahahahaha
sabo2...tggu aku pulak bersara nti,bru msuk sndiri punye..huhuhu

SaLAm AIdiL aDhA.....



CoMEl PUlaK aKu tEnGoK lEmBu iDuNg pInk Nii......hehehe
Pape pn,,,,
SELAMAT HARI RAYE AIDIL ADHA UNTUK SUME
ambiklah sejarah Nabi Ibrahim n Nabi Ismail
sebagai 1 contoh pengorbanan
demi menggapai Cinta Illahi..
Subhanaallah.......
Hidup penuh pengorbanan
pengorbanan perlukan perjuangan
perjuangan perlu ketabahan
ketabahan perlukan keyakinan
keyakinan pula menentukan kejayaan
kejayaan pula menentukan kebahagiaan
Org yg xnak berkorban & berjuang baik xyah idup
KERANA hidup adalah pengorbanan dan perjuangan
-*******-


Thursday 3 November 2011

kAdAnG-kAdAnG EmOsI GaK aKu...

Setakat hmpir 24 thun aku idup ni..aku xrase lg kekurusan aku ni 
1 masalah beso
Xde lg tetibe aku rebah kne jengtik dgn org,and...
xde lg tetibe aku hilang ditiup angin...huhuhu
alhamdulillah...syukur Ya Allah...
TAPI................
ade gak segelintir manusia yg menjadikn kekurusan aku ni sebagai
MASALAH BESO BAGI MEREKA...hahaha
naik heran aku?????
ko ni kurus sgt la ayu....
sekeping sgt la....
xde pung**** la....
makanla byk sikit................
kadang2 kesian gak kt diorg,mesti penat ari2 duk m'ukur badan aku ni
kn lebih bagus klu diorg wat part time ukur bdan org wat baju
blh gak m'jana pndapatan..heehehehehe
klu aku,,,,malas aku nk fkir saiz2 bdan org ni
byk bende lg nk kne fkir..huhuhu
BUAT YG SGT RISAU AKAN SAIZ BADAN AKU YG COMEL NI....
HEHEHE
aku tau korang ambik berat kt aku kn..ramai btul org syg aku
aku dh usaha la,,tp still mcm ni gak..
makan mcm korang gak....
jgn kte mak bapak aku or suami aku xbg makan dh la
tu blh naik temperature aku ni tau!!!

siap susu tmbahan lg tau,tiap bulan RM114 aku abis utk susu saje
hahaha...tp still mcm ni gak
so,aku dh xheran la org nk ckp ape
juz pk positif,,,yg pnting suami aku xpernah komplen pn
die pulak naik muak coz tiap kli jumpe org kurus mesti aku tanye
"abang,sayang dgn die sape lg kurus"hahahaha
semua yg Tuhan bg kte adela yg sebaik-baiknye
Semlm suami aku wat 1 statement yg smpai pg ni aku duk t'senyum sorang
"Sayang,,,cuba tgk gmba' ni..."(loghat pekat penang)
dari kiri : abg sulong > abg ke2 > kakak > nenek > aku > abg ke3
n yg duk depan pkai songkok tu adik bongsu aku
note:adik pmpuan aku xdek mse ni

"tengok, semua 1 saiz ja...klu sayang besa',cnfirm gmba' ni rosak"
hehehehe
"Tuhan dah buat cantik la sayang...so,jgn risau la"
Aku syukur sume yg Allah tentukan,,,
yg pnting aku sihat,n blh m'jalani keidupan mcm org lain..
aku sebenar xkisah sgt.tp kdg2 EMOSI gak dgn mulut2 yg suke menyindir ni
sabo..sabo...hehehe





Wednesday 2 November 2011

kAsIH SUaMikU.................................lOve U aBAnG.

Ni sebahagian daripada novel yg suami aku hadiahkn 
dari mula kenal smpai la aku dh jadi isteri die skang
Die tau aku suke m'bace
So,xsusah la die nk cari hadiah utk aku
b'tambun novel kt kedai buku tu hah
hehehehe
 3 Novel islamik ni aku sayang sgt2,,minat giler citer dia
Filem die pn aku minat tahap giler
penuh dgn adab keislaman dlm idup ni
Cinta yang hanya mengharapkan keredhoaan Tuhan
Ini pn best gak,,kisah liku-liku kehidupan wanita muslimah
mencari cinta sejati, dan juga semangat m'pejuangkn keperibadian seorang muslimah
wanita yg penuh dgn kesopanan dan ketatasusilaan..cewwahh!!
byk ujian2 yg watak utama lalui
sume tu serba sedikit bg aku kekuatan n semangat la..konon2 la
hehehehe..tp btul,bgus bce novel2 mcm ni tau
time ksih abg.....

 AND ni novel thriller...slain novel cinta islamik,aku salah
seorang peminat fanatik Ramlee Awang Murshid..Fanatik sgt la konon
bace sorang mula la meremang je bulu roma
penakut tp dsebabkn minat aku
so.aku beranikan la diri..
hehehehe
Banyak lg koleksi novel yg aku ade,,tp yg lain sume aku bli sendiri..
yg ni spesel sbb suami aku yg hadiahkan..huhuhu

I LOVE YOU ABANG...